Thursday, May 10, 2018

Kerajaan Baru Malaysia 2018

Syukur kerajaan Malaysia sudah berubah. Kita doakan agar perubahan ini akan menguatkan lagi ekonomi Malaysia, menjaga keamanan negara dan lebih menyenangkan rakyat Malaysia.

Kepada Rakyat Malaysia, tahniah juga kerana telah menjalankan tanggungjawab demi generasi akan datang.

Pilihan Raya sudah berakhir, keputusan sudah di ketahui dan biarlah pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka menyusun kabinet.

Ingat.

Rakyat pun kena ubah juga untuk mencapai Wawasan 2020.

Jangan membuang sampah merata-rata. Carilah tong sampah yang berdekatan. Jadilah rakyat yang mengutamakan kebersihan. Laut bersih, tanah pun bersih.

Tandas awam adalah untuk kesenangan pengguna, flush bila sudah selesai kerjanya. Jangan conteng dinding sesuka hati. Kalau suka sangat menconteng, jadilah artis seni yang berkerjaya.

Syukur kerajaan Malaysia sudah berubah. Kita doakan agar perubahan ini akan menguatkan lagi ekonomi Malaysia, dan menjaga keamanan negara.ktu mahu membelok. Saya ambil positif lampu signal rosak sebab tidak mahu judge pemandu tidak menggunakan otak.,

Troli di supermarket atau airport. Selepas guna, tolonglah hantar balik ke tempat yang disediakan. Jangan dibiarkan di tempat parking begitu saja. Jadi rakyat yang bertamadun sikit.

Ini hanya beberapa cadangan dan pesanan untuk kita semua. Sentiasa mengingatkan diri sendiri dan keluarga, sebab untuk menjadikan sebuah negara yang harmoni, kenalah mula dari rumah sendiri.

Majulah Malaysia. Majulah Negaraku. Tahniah Tun Mahathir.

#MalaysiaMemilih #PRU14 #GE14 #NewHope #Democracy #Respect